in ,

Malaysia, Indonesia hampir berperang kerana pertikaian di Laut Sulawesi

WhatsApp Image 2023 06 11 at 9.04.33 PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 11 Jun – Lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ke Malaysia, baru-baru ini menyaksikan beberapa instrumen dimeterai oleh kedua-dua buah negara.

Antara yang menarik perhatian adalah Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka dan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi.

Isu pertikaian sempadan maritim di Laut Sulawesi penting, ini kerana dua negara rumpun Melayu itu pada tahun 2003 didakwa hampir berperang kerananya.

jokowi
Jokowi ditemani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang bertemu peniaga di Chow Kit, baru-baru ini.

Malah, Malaysia dan Indonesia pernah menfailkan isu tersebut ke pengetahuan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mencari jalan penyelesaian.

Pakar Geostrategis, Dr Azmi Hassan mendedahkan, pertikaian yang sudah berlarutan selama 18 tahun itu sangat kritikal kerana ia melibatkan hak kedaulatan dan keselamatan.

“Paling utama kesan daripada lawatan Jokowi adalah pemeteraian perjanjian penyelesaian masalah dua sempadan, satu sempadan maritim di Laut Sulawesi yang sudah berlarutan begitu lama.

“Kita hampir berperang dengan Indonesia pada tahun 2003 dalam kes ini dan juga sempadan Selat Melaka yang saya lihat tidak kritikal sangat.

“Yang kritikal adalah di Laut Sulawesi kerana ada projek Petronas dan Pertamina di situ. Jadi ini saya jangkakan paling besar hasil lawatan ini,” katanya ketika dihubungi Nasionalkini.my, hari ini.

azmi hassan 1536x1132 1
Pakar Geostrategis, Dr Azmi Hassan mendedahkan, pertikaian yang sudah berlarutan selama 18 tahun itu sangat kritikal kerana ia melibatkan hak kedaulatan dan keselamatan.

Enam instrumen dua hala berkaitan ekonomi, perdagangan, sempadan dan maritim ditandatangani di akhir lawatan Jokowi di Malaysia.

Instrumen itu antara lain adalah Perjanjian Lintas Sempadan Antara Malaysia dan Indonesia; Perjanjian Perdagangan Sempadan; Kerjasama Promosi Pelaburan dan Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik.

Azmi menambah, hubungan persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jokowi menjadi faktor kepada penyelesaian masalah ini.

Beliau berharap, usahasama tersebut dapat dilaksanakan pada masa hadapan khususnya selepas Pilihan Raya Umum (Pemilu) Indonesia pada 14 Februari tahun hadapan.

“Harapan saya sementara menunggu Februari tahun depan, di mana tempoh akhir Pak Jokowi sebagai Presiden Indonesia, sempadan darat terutama melibatkan Pulau Sebatik umpamanya dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya lagi. -nasionalkini.my

anwar

PM mohon maaf tiba lewat sejam di program rasmi akibat pesawat rosak

Rat kepala

Pelajar terkejut jumpa kepala tikus dalam hidangan tengah hari