in ,

PM mohon maaf tiba lewat sejam di program rasmi akibat pesawat rosak

anwar
Anwar Ibrahim pada program Temu Anwar@USM di Dewan Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di George Town, Pulau Pinang. Foto: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba lewat ke  ke program Temu Anwar di Universiti Sains Malaysia (USM) susulan pesawat rasmi berdepan kerosakan

Anwar yang tiba kira-kira 4 petang di kampus USM itu memohon maaf  di atas kelewatan yang tidak dijangka.

“Sebelum itu saya nak minta maaf, Perdana Menteri tidak harus lewat, hari ini saya lambat sebab pesawat rasmi PM rosak.

“Jadi saya diambil ganti pesawat yang lebih besar sebab itu ambil masa 45 minit ganti pesawat, jangan ingat MAS dan AirAsia sahaja lambat,”katanya.

Beliau menghargai kesabaran semua pihak yang setia menunggunya.

Program Temu Anwar itu sepatutnya bermula pukul 3 petang di Dewan Tuanku Syed Putra yang disertai kira-kira 2,500 mahasiswa USM dan orang ramai.

Semalam menerusi Facebook rasmi, beliau menjemput warga Pulau Pinang hadir ke sesi berkenaan yang berlangsung di kampus USM.

Katanya orang ramai berpeluang bertanya soalan secara terus dengannya dalam pelbagai isu. – nasionalkini.my

perkeso trg 2

Suami ‘pergi’ di saat teruja menunggu kelahiran anak sulung

WhatsApp Image 2023 06 11 at 9.04.33 PM

Malaysia, Indonesia hampir berperang kerana pertikaian di Laut Sulawesi