in

Bursa Malaysia dijangka terus alami dagangan berhati-hati

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 9 September – Bursa Malaysia dijangka terus mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan dengan pelabur bimbang mengenai prospek ekonomi yang suram, kata peniaga.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen pelabur pasaran tempatan mungkin berubah berhati-hati dalam jangka masa pendek berikutan ketidaktentuan dalam pasaran serantau yang ketara.

“Memandangkan perubahan sentimen, kami menjangkakan indeks penanda aras berada dalam aliran berjulat 1,445 hingga 1,465 dengan paras sokongan pada 1,440 manakala rintangan serta-merta pada 1,465,” katanya kepada Bernama.

Peniaga lain pula berkata sentimen serantau kekal dipengaruhi oleh kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang berkemungkinan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih panjang selepas AS mencatatkan angka pasaran buruh yang kukuh.

Beliau berkata pelabur juga bimbang mengenai laporan bahawa China akan meluaskan larangan ke atas penggunaan iPhone, yang setakat ini mengakibatkan saham Apple mengalami penurunan selama dua hari, mengeluarkan hampir US$200 bilion (RM935 bilion) daripada modal pasarannya.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, FBM KLCI kebanyakannya didagangkan lebih rendah seiring dengan prestasi bursa serantau yang lemah ekoran sentimen pasaran yang negatif.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 8.48 mata untuk mengakhiri minggu ini pada 1,454.95, daripada 1,463.43 pada minggu lepas.- nasionalkini.my

china

China larang penjawat awam guna iPhone ketika bertugas

Van Dijk kena denda 100,000 pound, gantung satu lagi perlawanan