GEORGETOWN, 7 Julai – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku majlis meraikan perkahwinan sejenis membabitkan dua wanita di Balik Pulau, di sini.
Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sekiranya perkara itu berlaku tindakan tegas akan dikenakan berikutan negara ini melarang aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Kita akan dapatkan lebih banyak maklumat bagi menentukan kesahihan dakwaan gambar yang tular itu.
Namun, jika ia benar berlaku tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntukkan,” katanya hari ini.
Terdahulu tular beberapa keping gambar tular di Facebook hari ini, memaparkan dua wanita terdiri warga tempatan dan luar negara bercumbu di sebuah premis inap desa persendirian di Balik Pulau.
Menerusi hantaran tular itu, perkahwinan terbabit dikatakan berlangsung bulan lalu dan dihadiri ahli keluarga serta teman rapat. – nasionalkini.my