in

Laporan awal nahas Elmina di laman sesawang MOT

IMG 20230820 110227 800 x 500 pixel
Gambar oleh Bernama

KUALA LUMPUR, 15 September – Laporan nahas pesawat Beechcraft Premier 1 terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu, sudah dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MoT), jam 10 pagi tadi.

Laporan mengandungi 26 muka surat itu, antara lain bermula dengan pengenalan dan sinopsis, fakta mengenai pesawat dan tragedi menyayat hati itu, teknik penyiasat dan diakhiri dengan rumusan serta hasil siasatan, lapor BH Online.

Kandungan lain dalam laporan siasatan nahas pesawat dinaiki lapan individu itu ialah punca tragedi berkenaan, data nyahpecutan dan kebakaran selepas kemalangan.

Hasil siasatan awal mendapati pesawat mempunyai sijil kelayakan udara sah dan mengikut peraturan.

Fakta mengenai kejadian ialah nahas berlaku pada waktu siang dengan penglihatan jelas dan keadaan meteorologi yang baik.

“Tiada bukti ketidakupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan. PIC dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada,” menurut laporan awal.- nasionalkini.my

IMG 20230801 101446 800 x 500 pixel

Kereta, motosikal musnah dalam kebakaran bengkel

UMPSA sekali lagi bakal tawan Gunung Kinabalu