in

Laporan awal nahas Elmina dimuat naik esok

KUALA LUMPUR, 14 September – Laporan nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan selewat-lewatnya jam 10 pagi esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia selari dengan ramalan dan harapan beliau supaya laporan itu dibentangkan kepada umum sebelum Hari Malaysia 16 September ini.

“Semua fakta (kemalangan) akan ada dalam laporan esok.

“Kita akan memuat naik laporan itu di laman web (Kementerian Pengangkutan) selewat-lewatnya jam 10 pagi esok,” katanya lapor BH Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Tinjauan Pengoperasian Tren KLAV27 di Stesen LRT Universiti, di sini, hari ini.

Bulan lalu, rakaman suara 30 minit dalam komponen ‘memory puck’ pesawat berkenaan berjaya diekstrak di makmal di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Loke dilaporkan berkata hasil daripada ekstrak itu, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, ditanya mengenai hasil laporan dakwaan salah laku di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan, beliau berkata, pihaknya belum menerima laporan.

Baru-baru ini, Loke dilaporkan berkata, pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan wajar dianggotai Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagus Taha.

Katanya, pasukan petugas khas itu sememangnya memerlukan pembabitan penuh JPJ yang mempunyai maklumat dan akses berkaitan dakwaan salah laku yang disiasat.- nasionalkini.my

Hiasan Petronas 1686141131

PETRONAS BeDigital Bootcamp bantu siswa dapat kerja

377709776 18086878339374558 2823082206761070656 n

Agong, Permaisuri sukacita dapat sempurnakan impian dekati rakyat Sabah, Sarawak