in ,

UMPSA sekali lagi bakal tawan Gunung Kinabalu

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kembali melakar sejarah tersendiri menerusi Misi Ekspedisi Tawan Puncak Kinabalu yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 September ini.

Pendakian kali ini merupakan misi kali ketiga UMPSA selepas berjaya menawan puncak tertinggi Asia Tenggara itu pada 2012 dan 2017.

Ekpedisi diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed melibatkan lapan pendaki terdiri daripada pelajar, alumni dan staf UMPSA.

Mereka terdiri daripada pelajar Fakulti Pengurusan Industri ( FIM) , Muhammad Daniyal Burkhanuddin; Munirah Mahadir; Muvieanraj Anantakumar dan Yap Wan Er dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) dan Muhammad Hanif Sufian Hazman.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, misi menawan puncak Gunung Kinabalu ini sebagai tanda penjenamaan UMPSA untuk terus unggul berada di kemuncak kejayaan dalam usia UMPSA menerjah 21 tahun.

” Pendakian Gunung Kinabalu berketinggian 4,095.2 meter, iaitu puncak tertinggi di Asia Tenggara itu sememangnya amat mencabar dari segi mental dan fizikal.

”Kita mengharapkan misi ini dapat direalisasikan dan pada masa yang sama pendaki perlu mengutamakan keselamatan. Lebih bermakna ia diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia Ke-60 yang disambut pada 16 September ini,” katanya ketika Majlis Penyerahan Bendera Kepada Peserta Espedisi Gunung Kinabalu di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan UMP, Dato’ Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim dan alumni UMPSA, Mohamad Azrul Adnan dan Naib Canselor UMPSA, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainudin. -nasionalkini.my

ump3

ump 1
UMPSA sekali lagi bakal tawan Gunung Kinabalu 3

Laporan awal nahas Elmina di laman sesawang MOT

19nt03jorun 1694764946

Tiada objek asing ditemui pada enjin pesawat nahas Elmina