in

KKM minta tarik balik mi segera ada Ethylene Oxide

image 523
Gambar hiasan

Kuala Lumpur, 26 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta pihak syarikat yang terlibat supaya menarik balik secara sukarela bagi produk mi segera tempatan dan mi segera dari Indonesia yang mengandungi Ethylene Oxide.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum laporan oleh pihak berkuasa kesihatan Taiwan mengenai isu pencemaran Ethylene Oxide dalam produk dari Malaysia dan mi segera dari Indonesia

Dr Muhammad Radzi Abu Hassan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan

“Namun, bagi memastikan kawalan keselamatan makanan berterusan, KKM telah mengeluarkan arahan kepada pihak syarikat untuk penarikan balik secara sukarela produk tersebut yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada.

“Seterusnya, berdasarkan semakan data dari Food Safety Information System of Malaysia, KKM juga mengesahkan bahawa terdapat kemasukan produk mi segera keluaran negara Indonesia ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Radzi berkata, bagi produk mi segera jenama dari Indonesia, KKM telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas di semua pintu masuk negara.

Bukan itu sahaja, beliau turut meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran.

Pada masa sama, Muhammad Radzi menjelaskan isu penarikan semula produk keluaran negara Indonesia yang mengandungi Ethylene Oxide pada tahun 2022.

“KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan berterusan ke atas produk makanan berkaitan yang dijual di pasaran tempatan mahupun import.

“Hasil pemantauan dari 2022 sehingga kini ke atas 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan mendapati 11 daripadanya mengandungi ethylene oxide dan tindakan penguatkuasaan telah diambil,” ujarnya.

Tambah beliau, tindakan itu termasuklah kompaun, perintah mahkamah dan juga penarikan balik produk dari pasaran. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 04 26 at 11.35.41

Tun Dr Mahathir puji fasiliti MRT

WhatsApp Image 2023 04 26 at 10.53.33 AM

Rasionalisasi subsidi, akan naikkan lagi tekanan inflasi?