in

Urus tekanan atasi kemurungan mental

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kemahiran anak-anak dan keupayaan mereka dalam mengawal tekanan dan menghadapi cabaran hidup - Gambar hiasan

KESIHATAN mental adalah satu keadaan di mana individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara efektif.

Penjagaan kesihatan mental yang baik melambangkan keupayaan seseorang individu itu dapat menyesuaikan diri dalam menghadapi tekanan dan tuntutan dalam kehidupan seharian.

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, penggunaan peranti pintar dan internet adalah penting dalam kehidupan seharian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan mengakui teknologi telah memudahkan banyak kerja, namun penggunaan peranti pintar dan internet secara berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan kesan kepada kesihatan mental seseorang individu.

Melalui kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2017, dua daripada tujuh dalam kalangan remaja di Malaysia dilaporkan mempunyai masalah ketagihan internet.

Katanya, masalah ketagihan internet boleh menyumbang kepada risiko permasalahan kesihatan mental seperti kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), mendapati terdapat peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan remaja daripada tiga peratus pada 2019 kepada enam peratus pada tahun 2020.

20230525 093536
Sentiasa memgambil berat keadaan kesihatan mental anak-anak sebelum terlambat – Gambar hiasan

Selain itu, dapatan kajian terkini yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK) bersama pihak UNICEF yang membabitkan golongan kanak-kanak dan remaja Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melaporkan sebanyak 12.3 peratus kanak-kanak dan remaja mengalami kemurungan dan kebimbangan manakala 13.4 peratus kanak-kanak dan remaja didapati mempunyai kecenderungan untuk bunuh diri dan mencederakan diri sendiri.

Dr Muhammad Radzi berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kemahiran anak-anak dan keupayaan mereka dalam mengawal tekanan dan menghadapi cabaran hidup.

Justeru, sokongan ibu bapa dapat membantu perkembangan emosi yang baik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mana secara tidak secara langsung membantu menyumbang kepada penjagaan kesihatan mental yang lebih positif.

“Sekiranya tiada sokongan dan panduan yang diberikan secara berterusan, golongan kanak-kanak dan remaja ini akan terdedah kepada tingkah laku berisiko seperti penyalahgunaan substans dan mencederakan diri sendiri.

“Golongan remaja juga terdedah kepada tekanan daripada pelbagai aspek dalam kehidupan termasuk masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan media sosial.

“Oleh itu, remaja hari ini perlu memiliki kemahiran kesihatan mental yang baik agar segala cabaran dan persaingan yang wujud kini dapat diatasi dengan bijak, sempurna dan positif,” katanya, lapor BH.

Kesihatan mental seseorang individu itu boleh terjejas disebabkan oleh pelbagai faktor.

Antaranya termasuk masalah sosioekonomi, pertukaran keadaan persekitaran atau sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja dan penyakit fizikal.

Masalah kesihatan mental juga akan menyebabkan pekerja boleh mengalami perubahan tingkah laku, cenderung mengalami kemalangan, tidak hadir bertugas, mudah marah dan bertindak agresif serta sukar membuat keputusan di dalam menyelesaikan masalah.

Ini boleh menyebabkan penurunan prestasi kerja dan seterusnya memberi kesan langsung ke atas produktiviti syarikat atau organisasi.

Kesedihan adalah satu perasaan yang biasa dialami di dalam kehidupan

Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu mengalami rasa sedih berpanjangan, perasaan kosong dan hilang minat terhadap aktiviti yang dahulunya menyeronokkan melebihi daripada dua minggu, mereka mungkin mengalami gejala atau tanda awal kepada terjejasnya kesihatan mental.

Gejala lain yang boleh dialami termasuklah letih lesu, gangguan tidur, perubahan selera makan, hilang tumpuan, perasaan putus asa dan tingkah laku bunuh diri. – nasionalkini.my

IMG 20230525 WA0007

4 faktor pengaruhi prestasi eksport negara tahun ini

IMG 20230525 103600 6 x 4 inch

Pengamal media sampai khutbah Jumaat di Perak esok