ROME, 25 September – Ketua mafia paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun, telah meninggal dunia, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan agensi berita Itali ANSA, hari ini.
Ketua Mafia Cosa Nostra Sicily berusia 61 tahun itu menghidap kanser kolon dan dilaporkan koma sejak Jumaat.
Pada awal Ogos tahun lalu, Mafioso menjalani pembedahan usus di Hospital San Salvatore di L’Aquila.
Selepas pembedahan itu berjaya, kanser kolon pula menyebabkan kemerosotan kesihatannya, ANSA memetik sumber sebagai berkata.
Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran kerana peranannya dalam siri pembunuhan kejam dan pengeboman kereta di Itali.
Dia didapati bersalah atas kes pengeboman kereta 1992 yang membunuh pendakwa anti-Mafia Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino.- nasionalkini.my