in

Tun Dr Mahathir puji fasiliti MRT

WhatsApp Image 2023 04 26 at 11.35.41
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menaiki perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) pada hari raya ketiga, bersama isteri dan rakannya

Kuala Lumpur, 26 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) seperti seolah-olah berada di negara maju.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Dr Mahathir berkata, kemudahan yang disedia untuk pelanggan cukup selesa dan stesen juga cukup besar serta dilengkapi dengan lif dan eskalator.

“Pada hari ketiga raya saya dan isteri bersama kawan-kawan mencadang mencuba MRT dari Sungai Buloh ke Putrajaya.

“Staff MRT sambut baik cadangan kami. Mereka turut bersama sepanjang jalan. Ini memberi peluang kepada saya bertanya beberapa soalan berkenaan prestasi MRT ini,” katanya.

Katanya lagi, beliau percaya kemudahan itu akan disambut baik rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan.

“Tahniah saya ucap kepada anggota pengurusan MRT Sungai Buloh / Putrajaya,” tulis beliau. – nasionalkini.my

ahmad yahya 696x391 1

Rumah Terbuka Malaysia Madani bermotif politik, membazir

image 523

KKM minta tarik balik mi segera ada Ethylene Oxide