in ,

Khairul Azhari calon PN untuk PRK Kuala Kubu Bharu

Gambar oleh Malaysiakini

KUALA KUBU BHARU, 26 April- Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional bagi PRK Kuala Kubu Bharu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon yang diadakan di Bandar Utama Batang Kali di Kuala Kubu Bharu awal malam ini.

“Kita adakan Mesyuarat majlis tertinggi beberapa hari lepas, kita bincang mengenai calon PN dengan lebih terperinci apakah langkah strategik untuk menang di sini.

“Dengan ini saya umumkan keputusan majlis tertinggi PN calon yang bertanding di KKB adalah Khairul Azhari Saut.

“Kalau kamu nak anak tempatan inilah anak tempatan,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Khairul akan berdepan Pang Sock Tao dari PH, yang merupakan pegawai kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Khairul Azhari mengambil alih kepimpinan Bersatu bahagian Kuala Kubu Bharu selepas ketuanya Md Anuar Mohd Nor keluar parti ketika pilihan raya negeri Selangor tahun lepas.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi bahawa Gerakan akan menampilkan calonnya mewakili PN.

Kuala Kubu Bharu merupakan kawasan pilihan raya campuran, dengan 46 peratus terdiri daripada pengundi Melayu, 30 peratus pengundi Cina, 18 peratus pengundi India, dan enam peratus lain-lain kaum.

PRK dijadualkan pada 11 Mei ini diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong (PH/DAP), yang menyandang kerusi itu sejak 2013.— nasionalkini.my

Peluang ahli UMNO akar umbi tunjuk kuasa

Lebih 100 alasan tolak kerajaan Madani