in

Bahan kempen atau propaganda politik tak boleh ada dalam kawasan masjid – JAIS

masjid 1
semua bentuk bahan kempen atau propaganda parti politik hendaklah dipastikan tidak berada di dalam premis bangunan atau di dalam kawasan pagar masjid dan surau.

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan pentadbir masjid dan surau untuk membantu atau terbabit dalam apa juga aktiviti yang berfokus politik di masjid serta surau di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihak berkenaan perlu menghalang daripada berlaku jika jelas secara tampak aktiviti atau program yang membabitkan calon parti bertanding; aktivis politik; gambar tokoh parti serta slogan dan lambang yang mewakili parti tertentu.

Selain itu, semua bentuk bahan kempen atau propaganda parti politik hendaklah dipastikan tidak berada di dalam premis bangunan atau di dalam kawasan pagar masjid dan surau.

“Ini memandangkan, terdapat kemungkinan akan berlakunya usaha dan ikhtiar daripada parti politik untuk mengadakan aktiviti propaganda politik mereka di masjid dan surau di negeri ini.

“Aktiviti yang lazim sebelum ini adalah seperti program pengenalan calon yang bertanding dalam pilihan raya, Program Sumpah Mubahalah, program berkumpulan ahli dan penyokong parti untuk tujuan atau keutamaan ahli dan parti serta lain-lain seumpamanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkara itu juga diingatkan kepada Pegawai dan Jawatankuasa Masjid dan Surau Selangor menerusi surat bertarikh 22 Ogos 2022.

Jelasnya, ketetapan ini selaras dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mahu masjid dan surau sebagai zon aman dan bebas daripada propaganda politik serta politik kepartian. – nasionalkini.my

sos wan 2

Berkerusi roda sepanjang masa tak halang Samsiah teruskan perniagaan hasil  air tangan sendiri

WhatsApp Image 2023 07 22 at 3.38.25 PM

Kolam Takungan Hiliran Sungai Mentiga siap sepenuhnya hujung tahun ini