in

Penduduk minta segera bina masjid

Gambar hiasan

KLUANG, 1 Julai – Kira-kira 7,500 penduduk di Taman Tasek Indah di sini meminta agar sebuah masjid dibina di kawasan tersebut bagi memudahkan mereka beribadah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Taman Tasek Indah, Abd Malik Haron berkata, kawasan perumahan itu belum mempunyai masjid dan penduduk terpaksa berulang-alik jauh jika mahu bersembahyang berjemaah, khususnya pada hari Jumaat.

Katanya, tambahan pula ta­nah seluas 0.84 hektar yang sudah memperoleh sijil pengesahan tapak rasmi untuk didirikan masjid diterima dari Pejabat Agama Daerah Kluang pada awal bulan Jun lalu.

Ujarnya, ia selepas pihaknya mengusahakan perkara itu sejak enam bulan lalu yang terletak bersebelahan dengan lot rezab Sekolah Rendah Agama yang turut dalam perancangan pembinaannya.

“Cadangan pembinaan masjid ini akan menampung penggunaan seramai 5,000 penduduk Taman Tasek Indah, selain beberapa taman perumahan berdekatan yang ­keseluruhannya berjumlah sekitar 7,500 orang.

“Anggaran kos yang diperlukan bagi pembinaan masjid tersebut ialah sekitar RM20 juta,” katanya kepada KOSMO selepas melakukan pertemuan dengan Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Jamaludin Abd Hamid di Johor Bahru dekat sini baru-baru ini.

Ujar Abd Malik lagi, dalam pertemuan itu, Jamaludin turut bersetuju untuk menjadi sebagai penaung pertama pembinaan masjid itu, manakala Kadi ­Daerah Kluang, Sabaruddin Isnin pula penaung ke dua.

Sementara itu, Penyelaras Bersekutu, Pengerusi Sabar Bersama Rakyat Malaysia (BARA) Negeri Johor, Datuk Arjuna Putera Ali berharap agar projek tersebut dapat dilaksanakan seberapa segera memandangkan komposisi penduduk Islam yang semakin bertambah di kawasan berkenaan. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Abdul Hadi berada di hospital terima rawatan

298221697 108320298648130 7687479984992020716 n

Jom nikmati kopi di Smokey’o Coffee