in ,

Kerjasama PAS – Bersatu tidak bertahan lama: Rafizi

RAFIZI RAMLI new 1
Rafizi berkata sokongan pengundi terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di tiga negeri ketika ini berada di tahap terbaik.

KUALA LUMPUR, 3 Ogos –   Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan sokongan pengundi terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ketika ini berada di tahap terbaik.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber serta laporan dari lapangan yang diterimanya ia menafikan dakwaan bahawa tiga negeri yang ditadbir PH itu akan tumbang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagaimana diuar-uarkan Perikatan Nasional (PN).

“Saya berani katakan kejatuhan Kerajaan Perpaduan selepas PRN seperti yang digula-gulakan pimpinan PN kepada penyokong mereka tidak akan berlaku kerana laporan yang kita terima adalah sebaliknya,” katanya ketika berkempen pada Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Sungai Kandis, malam tadi.

Pemimpin PN dalam ceramah mereka sepanjang kempen PRN memberi gambaran bahawa kerajaan PH-BN akan tumbang sekiranya gabungan PAS dan Bersatu itu berjaya merampas dua negeri di bawah penguasaan PH iaitu Selangor dan Negeri Sembilan pada PRN kali ini.

Rafizi pada masa sama membayangkan kerjasama PAS dan Bersatu dalam PN tidak akan bertahan.

Hal demikian tegasnya dilihat berdasarkan pengalaman PKR yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan sebelum ini. – nasionalkini.my

fahmi

Kempen di masjid: Fahmi beri masa 24 jam untuk mohon maaf

polis gari

Tukang gunting diburu polis kes gangguan seksual