in

Perusuh Hindu mengamuk bakar masjid, tembak imam

masjid
masjid yang terletak di daerah Gurugram Haryana itu dibakar oleh puak Hindu pelampau yang bertindak melepaskan tembakan ke arah seorang imam, Maulana Saad.

DELHI, 2 Ogos – Sekumpulan perusuh Hindu bertindak kasar apabila membakar sebuah masjid dan menembak mati seorang imam di Haryana di India, semalam.

Memetik indianaexpress, masjid yang terletak di daerah Gurugram Haryana itu dibakar oleh puak Hindu yang bertindak melepaskan tembakan ke arah seorang imam, Maulana Saad.

Polis Gurgaon berkata,  pihaknya berjaya mengenal pasti  individu yangbertanggungjawab dalam serangan berkenaan dan beberapa daripada mereka telah ditangkap.

Serangan itu berlaku selepas tercetus pertempuran pada hari sama di daerah Nuh berikutan perarakan anjuran kumpulan ekstremis sayap kanan Hindu Vishwa Hindu Parishad (VHP) melalui daerah yang didominasi umat Islam itu.

Dalam situasi tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, termasuk dua anggota pengawal rumah dan puluhan yang lain cedera.

Berikutan keganasan itu, perintah berkurung telah dikenakan di Gurugram, dan sekolah serta kolej di daerah itu diarahkan tutup mulai hari ini.  – Agensi

wan rosdy

Jangan sentuh isu 3R, bahaya boleh jejas perpaduan: MB Pahang

alwi

BN yakin menang 16 kerusi DUN Kelantan