in

PM imam solat jenazah Allahyarham Salahuddin

Anwar menziarahi jenazah Allahyarham Salahuddin dan mengimamkan solat jenazah di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot Serkat, Pontian

PONTIAN, 24 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, pada jam 11 pagi ini.

Ia turut disertai ahli politik, saudara-mara, rakan taulan dan masyarakat setempat.

Yang turut hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Anwar menziarahi jenazah Allahyarham Salahuddin dan mengimamkan solat jenazah di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot Serkat, Pontian

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Turut dilihat berada di masjid, kepimpinan parti politik tanah air antaranya Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin.

Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham, lapor BH.

Anwar menziarahi jenazah Allahyarham Salahuddin dan mengimamkan solat jenazah di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot Serkat, Pontian

Terdahulu, sebelum ketibaan Anwar, solat jenazah turut dilaksanakan dan diimamkan anak sulung Salahuddin, Iskandar Zulkarnain, 37, yang mana difahamkan ia antara permintaan terakhir Allahyarham.

Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai di sini, sebelum Zohor.- nasionalkini.my

Kediaman ibu Allahyarham Salahuddin dikunjungi pemimpin, ahli keluarga

Melaka perlu 20,000 lagi beg darah