in

Haram sebar video, gambar mangsa kapal terbang terhempas

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Orang ramai terutamanya pengguna media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan gambar atau video nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor petang semalam.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerusi ciapan di Twitter berkata, perbuatan itu adalah haram.

“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut.

“Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” katanya menerusi hantaran itu, lapor BH.

Zulkifli, turut memetik, sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam riwayat Muslim (2554) bermaksud , “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya.”

Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya. Sabda Nabi S.A.W:

كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ
Maksudnya: “Hak setiap Muslim ke atas muslim… https://t.co/vU05YPGI85

— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 17, 2023

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun maut.

Lapan lagi yang turut terkorban adalah enam penumpang dan dua kru pesawat itu, manakala dua lagi adalah orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan lalu di tempat kejadian.- nasionalkini.my

tragedi nahas

Tragedi pesawat: Kerajaan Pahang akan biayai semua kos pengebumian mangsa

Pengarah projek didakwa operasi lombong tanpa lesen