in

Hadkan aktiviti fizikal, elak terdedah jerebu, cuaca panas

6283484f088e6
Gambar hiasan

Kuala Lumpur, 19 April – Orang ramai yang berada di kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat atau mengalami cuaca panas dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, orang ramai juga perlu mengehadkan aktiviti fizikal atau masa berada di luar bangunan, bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas dan jerebu kerana boleh meningkatkan risiko penyakit.

Jelasnya, negara kini sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan, malah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) turut melaporkan berlaku kemerosotan kualiti udara dengan keadaan berjerebu di beberapa kawasan, termasuk di Johan Setia serta Kota Bharu.

“Gunakan pelitup muka yang sesuai jika jerebu dan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas.

“Tutup tingkap bagi mengurangkan partikel jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan dan elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Zaliha turut menasihatkan supaya memperbanyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, meskipun tidak terasa dahaga bagi mengekalkan tahap hidrasi badan.

Beliau juga menyarankan untuk kerapkan mandi dan elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat serta berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan. – nasionalkini.my

341070924 906083714012455 8007885010194401970 n

Demi AMY 1 sanggup bayar ratusan ribu ringgit

Ameer Ali Mydin

Mydin bidas pengumuman cuti tambahan Aidilfitri, dedah rugi setengah juta