in ,

Mydin bidas pengumuman cuti tambahan Aidilfitri, dedah rugi setengah juta

Ameer Ali Mydin

KUALA LUMPUR 19 April – Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin mendedahkan syarikatnya mengalami kerugian sekurang-kurangnya setengah juta akibat pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Beliau mengkritik pengumuman mengejut  mengenai cuti tambahan untuk Aidilfitri sambil menegaskan kerajaan tidak boleh menjadi populis dengan tindakan berkenaan.

“Setengah juta itu kita boleh bagi beribu Menu Rahmah,” katanya dalam wawancara bersama Astro Awani, hari ini.

Beliau merujuk kepada program yang diperkenalkan awal tahun ini yang mana perusahaan menjual makanan dengan harga RM5 kepada mereka yang ingin berjimat-cermat.

Tegas beliau, Mydin antara syarikat yang paling awal dalam menyahut seruan kerajaan kepada perusahaan swasta untuk mengadakan Menu Rahmah namun memberi amaran ia tidak akan bertahan lama jika harga bahan mentah kekal tinggi.

Semalam  Anwar mengumumkan satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Cuti tambahan diberikan sama ada Jumaat atau Isnin, bergantung kepada penetapan tarikh hari raya.

Selain itu, kerajaan akan memberi pengecualian bayaran tol di 33 lebuh raya selama empat hari pada 19 hingga 21 April dan 24 April ini.

Mengulas lanjut, Ameer berkata, kerajaan sewajarnya memberikan subsidi bersasar dalam bentuk tunai kepada mereka yang memerlukan berbanding pengecualian tol kepada semua pengguna.

“Bukan semua perlukan subsidi tol. Model kita ini tak betul.

“Lebih baik memberikan subsidi bersasar dalam bentuk tunai kepada mereka yang memerlukan, berbanding mengumumkan pengecualian tol kepada semua pengguna tanpa mengira kelas pendapatan,” katanya. – nasionalkini.my

6283484f088e6

Hadkan aktiviti fizikal, elak terdedah jerebu, cuaca panas

WhatsApp Image 2023 04 19 at 7.06.37 AM

Tolak kontroversi murahan, Datuk Seri Vida harap ‘Muah Muah Raya’ malar segar