Oleh Arman Dhani Zafir
KUANTAN, 28 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 42 klinik kesihatan yang diklasifikasikan sebagai daif di Pahang.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata,sebanyak RM12.901 juta dana diperuntukkan bagi melaksanakan projek menaiktaraf infrastruktur dan fasiliti di klinik yang disenaraikan tahun ini.
“Kita sebenarnya sudah ada perancangan untuk naiktaraf beberapa klinik, hari ini (Ahad) saya ke Klinik Kesihatan (KK) Bukit Goh untuk melihat dan meninjau beberapa perkara di sini.
“Saya juga diberikan taklimat untuk melihat keperluan di klinik ini (Bukit Goh) disebabkan kehadiran pesakit yang ramai. kita memerlukan beberapa infrastruktur seperti ambulans yang baharu dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau KK Bukit Goh di sini, petang tadi.
Zalina memberitahu kerja menaiktaraf klinik yang terlibat akan dilaksanakan pada tahun ini.
“Perolehan sudah selesai, kita tunggu proses seterusnya dan kita akan mulakan segera,” ujarnya. – nasionalkini.my