in

Flat kos rendah di Johor amat menyedihkan, macam ‘reban ayam’ – Sultan Ibrahim

346033456 192828310364929 1742797744118630718 n
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 15 Mei – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat kos rendah di negeri ini.

Sultan Ibrahim bertitah, kebanyakan flat-flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif serta dipenuhi pelbagai sampah sarap yang dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.

“Saya melihat ada beberapa flat kos rendah di negeri ini dalam keadaan yang amat menyedihkan dan seolah-olah rakyat saya hidup dalam ‘reban ayam’.

“Saya harap kerajaan pusat akan berikan bantuan untuk baikpulih flat kos rendah yang lama, dan penduduk juga mesti sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kawasan flat mereka,” ” titah Baginda dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sultan Johor turut bertitah, Baginda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan yang dijalankan oleh SWM Environment Sdn Bhd (SWM) di negeri ini.

“Kerajaan negeri terpaksa membayar hampir RM180 juta setiap tahun kepada SWM, namun perkhidmatan (pembersihan) atau pungutan sampah yang dijalankan langsung tidak memuaskan.

“Malah perjanjian bersama SWM adalah ‘watertight’ seolah-olah tidak boleh dipertikaikan. Walaupun banyak aduan telah dibuat mengenai perkhidmatan SWM yang mengecewakan, namun keadaan masih tidak berubah,” titah baginda.

Terdahulu, Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. – nasionalkini.my

anwar 329435962 3095282504103743 3928550737735609876n 20230329134342 facebook@anwar ibrahim

Tiada lagi subsidi elektrik untuk rumah orang kaya

347086642 675602217662604 6238217867744075409 n

Raja Permaisuri terima kunjungan Tunku Temenggong Johor di Minggu Kraf London