in

Raja Permaisuri terima kunjungan Tunku Temenggong Johor di Minggu Kraf London

347086642 675602217662604 6238217867744075409 n
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menerima kunjungan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Pavilion Antarabangsa Malaysia sempena Minggu Kraf London 2023 (LCW) semalam.

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menerima kunjungan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Pavilion Antarabangsa Malaysia sempena Minggu Kraf London 2023 (LCW) semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, Raja Permaisuri Agong turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan para pengunjung yang hadir ke pameran yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London.

Pameran yang bertemakan “Abstract Nature” (Abstrak Alam Semula Jadi), mempamerkan seni kraf dan produk warisan yang bermula pada 6 Mei 2023 berakhir semalam (14 Mei 2023).

Pameran tersebut memaparkan landskap budaya Malaysia yang kaya melalui keunikan tradisi kraf dan produk warisan masyarakat Malaysia khususnya Melayu, Orang Asli Semelai dari Pahang, Mah Meri (Selangor) di Semenanjung Malaysia serta suku kaum etnik Orang Asal di Sabah dan Sarawak.

Pameran edisi kedua Malaysia sempena Minggu Kraf London kali ini turut mengetengahkan Songket Terengganu dan telepuk (teknik menghias tekstil).

Penyertaan Malaysia dalam pameran itu diterajui Seri Paduka Baginda sebagai ketua delegasi Malaysia dan Yayasan Tenun Pahang Diraja serta disokong oleh Kerajaan Persekutuan (Kementerian Luar), Kerajaan Pahang dan Sarawak, Kraftangan Malaysia dan Songket Diraja Terengganu. – nasionalkini.my

346033456 192828310364929 1742797744118630718 n

Flat kos rendah di Johor amat menyedihkan, macam ‘reban ayam’ – Sultan Ibrahim

WhatsApp Image 2023 05 15 at 5.20.53 PM

Temu janji perkhidmatan pergigian kini di MySejahtera