in

CVR pesawat terhempas dijumpai

SHAH ALAM, 18 Ogos – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berjaya menemui kotak perakam suara kokpit (CVR) dari pesawat ringan yang terhempas di Bandar Elmina, dekat sini, pada jam 10.20 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata CVR itu dibawa BSKU ke makmal untuk tindakan lanjut.

“CVR ini adalah sebahagian daripada komponen kotak hitam dan ia ditemui pada jam 10.20 malam tadi.

“Manakala satu lagi komponen iaitu perakam data penerbangan (FDR) masih belum ditemui.

“Pencarian dan pemprosesan bagi fasa pertama sudah selesai pada jam 10.30 malam yang mana kita jumpa 10 mayat dan lima lagi bungkusan cebisan badan yang terpisah.

“Semua mayat dan cebisan itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman,” katanya pada sidang media di sini malam tadi, lapor BH.

Beliau berkata, proses bedah siasat dijangka selesai tengah hari esok.

Katanya, proses pencarian fasa kedua diteruskan malam ini untuk mencari jika masih ada mayat yang tertinggal.

“Pada masa ini operasi mencari semua mayat selesai dijalankan, namun akan bersambung sekiranya masih ada anggota tubuh badan atau cebisan mayat yang hilang,” katanya.- nasionalkini.my

368603968 832686281640108 1413058685732947731 n

Pemergian Allahyarham Johari kehilangan besar kepada Negeri Pahang – Agong

Madrasah mohon dana tampung kos operasi