in

Pemergian Allahyarham Johari kehilangan besar kepada Negeri Pahang – Agong

368603968 832686281640108 1413058685732947731 n

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Johari Harun satu kehilangan besar kepada negeri Pahang.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan rasa amat berdukacita di atas pemergian Allahyarham yang merupakan seorang rakan yang akrab dengan keluarga baginda.

Istana Negara dalam satu hantaran berkata, Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai sumbangan Allahyarham kepada Negeri Pahang, khususnya dalam memperjuangkan masyarakat desa dan luar bandar.

Sementara itu baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa lain yang terkorban dalam nahas jet persendirian di Elmina, Shah Alam, Selangor, petang hari ini.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini dan mendoakan agar roh-roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” kata kenyataan itu. – PAHANGMEDIA

pesuruhjaya Pas pahang

PAS Pahang zahir takziah pemergian ADUN Pelangai, sifatkan Allahyarham pemimpin komited

CVR pesawat terhempas dijumpai