in

Madrasah mohon dana tampung kos operasi

Madrasah Qu'ran Sirajul mohon dana untuk menampung kos operasi

KUANTAN, 18 Ogos – Madrasah Qu’ran Sirajul yang beroperasi di lot tepi Lorong 15, Permatang Badak Jaya, dekat sini, sudah berusia tujuh tahun.

Ia memiliki tiga tenaga pengajar sepenuh masa dan buat masa ini mempunyai 15 pelajar.

Mudir madrasah, Ustaz Irfan Abrar memaklumkan, bangunan digunakan mereka ketika ini adalah bangunan sewa.

“Kami memerlukan RM900 setiap bulan untuk membayar sewa bangunan,” katanya kepada wakil nasionalkini.my baru-baru.

Madrasah Qu’ran Sirajul mohon dana untuk menampung kos operasi

Ustaz Irfan berkata, madrasah itu menyediakan pengajian selama tiga tahun kepada pelajar untuk menguasai hafazan Al-Quran dan tahsin.

Selain itu, pelajar juga dibimbing dalam pengajian kitab seperti kitab tauhid, tasawuf dan seumpamanya.

“Operasi madrasah ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan dan infaq orang ramai.

“Jadi, kami amat berbesar hati jika orang ramai sudi terus menyalurkan sumbangan kepada kami,” katanya lagi.

Antara keperluan madrasah itu adalah sewa bangunan dan elaun kepada tenaga pengajar yang dianggarkan berjumlah RM4,500.

Madrasah Qu’ran Sirajul mohon dana untuk menampung kos operasi

Pihak madrasah juga mengalu-alukan sumbangan bahan mentah untuk masakan bagi pelajar mereka.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan melakukan pindahan wang ke akaun CIMB Islamik 8604107395 atas nama Madrasah Sirajul Mukhlasin.

Mereka juga boleh menghubungi Ustaz Irfan di talian 014-821 5334 untuk maklumat lanjut.- nasionalkini.my

CVR pesawat terhempas dijumpai

Mahrez jaring gol pertama di Al-Ahli