in

Agong dan Raja Permaisuri ziarah makam Nabi Muhammad dan Taman Raudhah

ziarah
Seri Paduka berdua berkenan membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dengan dipimpin oleh mutawif bagi tetamu negara Sheikh Mustafa Alarabi . Foto: Ihsan Istana Negara

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi makam junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah di Arab Saudi.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut berkenan menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta solat sunat di pekarangan makam Nabi Muhammad SAW.

agong 3
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan membaca Yassin dan doa di kawasan Taman Raudah.

Selesai solat isyak, Seri Paduka disertai Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dengan dipimpin oleh mutawif bagi tetamu negara Sheikh Mustafa Alarabi.

Turut berangkat menziarah ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut sama mengiringi ialah paduka-paduka anakanda Seri Paduka.

“Seri Paduka berdua kemudiannya berkenan menziarahi Raudhah dan menunaikan solat sunat di kawasan berkenaan.

Seri Paduka berdua dan delegasi dijadual berangkat ke Kota Suci Makkah esok (23 Jun) untuk menunaikan ibadah haji

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berada di Madinah dan Makkah hingga 1 Julai untuk menunaikan ibadah haji. – nasionalkini.my

IMG 20230622 WA0059

Ternak kelulut untuk bantu orang miskin

WhatsApp Image 2023 06 22 at 5.14.10 PM

Permintaan lembu korban merosot lebih 50 peratus