Aimy Maisarah
KOTA BHARU – Ketua Asnaf Food Bank, Fazliyaton Daud, 57, gigih menternak kelulut sejak setahun lalu untuk mendapatkan dana pertubuhan itu bagi membantu golongan memerlukan.
Usaha yang dilakukan di halaman rumah seluas lebih 0.4 hektar kini menghasilkan 79 rumah kelulut termasuk 48 yang sudah matang.
“Kelulut itu sudah mendatangkan hasil dan 100 peratus dimanfaatkan kepada orang miskin,” katanyakatanya ketika ditemui Nasional Kini hari ini.
Bagi mengelakkan kos, Fazliyaton meminta suami membina rumah kelulut menggunakan kayu terpakai dan pokok kelapa.
“Saya selalu memikirkan ramai golongan miskin yang selalu menghubungi dan meminta bantuan keperluan asas.
“Jadi, ketika Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19, saya terfikir untuk mengumpul dana dengan cara ini dan memulakan ternak kelulut hanya dengan tiga rumah sahaja,” katanya.
Ketika itu juga, kata Fazliyaton, ramai yang diberhentikan kerja dan miskin.
“Saya bermula dengan hanya tiga rumah kelulut,” katanya.
Ibu kepada lima anak berusia antara 19 hingga 35 tahun ini gembira kerana hasil madu kelulut yang dijual dapat menampung sumbangan kepada golongan memerlukan. – nasionalkini.my