in ,

Permintaan lembu korban merosot lebih 50 peratus

WhatsApp Image 2023 06 22 at 5.14.10 PM
Muhammad Akmal Che Mustapha menyifatkan kemerosotan tempahan yang dialami tahun ini dianggap paling teruk sejak terlibat dalam bidang penternakan lembu sejak 10 tahun lalu.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 22 Jun – Permintaan daging lembu bagi ibadah korban di Melaka pada tahun ini merosot lebih 50 peratus berbanding tahun lalu meskipun sambutan  Aidiladha akan disambut tujuh hari lagi.

Situasi  itu dihadapi penternak lembu di negeri berkenaan selepas mendakwa keadaan tersebut berpunca daripada kenaikan harga ternakan itu yang menjadi lebih mahal.

Malah, faktor ekonomi semasa yang tidak menentu juga turut mempengaruhi sehingga menyebabkan orang ramai mengambil sikap berhati-hati untuk berbelanja.

penternak
Muhammad Akmal Che Mustapha (kiri) dan Mohd Nor Ismail mengakui pertambahan harga lembu berpunca daripada kenaikan harga makanan haiwan berkenaan.

Seorang penternak, Mohd Nor Ismail, 54, mengakui kenaikan harga lembu tidak dapat dielakkan berikutan kos makanan yang semakin meningkat.

“Kalau dilihat sebelum pandemik COVID-19, harga seekor lembu dengan berat antara 170 hingga 200 kilogram hanya sekitar RM4,000 seekor, tapi sekarang harganya boleh mencecah sampai RM5,000.

“Dulu kalau makanan sekampit 50 kilogram tu harganya baru sekitar RM18 ke RM20 tapi sekarang kuantiti sama boleh sampai RM80,” katanya ketika ketika ditemui di kandang lembunya di Batang Tiga, Klebang di sini hari ini.

Seorang lagi penternak, Muhammad Akmal Che Mustapha, 34, berkata, kemerosotan tempahan yang dialami tahun ini dianggap paling teruk sejak terlibat dalam bidang penternakan lembu 10 tahun lalu.

“Bukan saya sahaja yang terjejas, bahkan penternak lain juga mengakui perkara sama sampaikan saya dah turunkan harga satu bahagian lembu kepada RM550 pun masih tak dapat sambutan.

“Mungkin rakyat hari ini berdepan masalah kewangan dan banyak  keperluan lain yang perlu diutamakan,” katanya.

Mustafa Mahmud, 62, yang aktif menternak lembu sejak 30 tahun lalu berkata, setakat ini hanya tujuh ekor lembu sudah ditempah untuk Aidiladha 29 Jun ini berbanding 22 ekor lembu pada tahun lalu.

Menurutnya, dengan kos operasi yang semakin meningkat ekoran peranan orang tengah sebagai pembekal makanan haiwan, dia terpaksa menjual lembu pada harga antara RM5,000 hingga RM6,500 ringgit seekor bergantung kepada saiz. – nasionalkini.my

ziarah

Agong dan Raja Permaisuri ziarah makam Nabi Muhammad dan Taman Raudhah

WhatsApp Image 2023 06 22 at 7.46.56 PM

Johor negeri contoh, 98 peratus pelaburan asing berjaya direalisasikan