in ,

ADUN PAS akui ‘admin’ FB buat hantaran palsu lantikan Teresa jadi pengerusi FELDA

WhatsApp Image 2023 06 22 at 11.16.24 PM 1
FELDA menafikan membuat pengumuman mengenai pelantikan Pengerusi baharu.

Oleh Adam Aariz

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya menafikan memuat naik hantaran di media sosial, Facebook berhubung pelantikan Teresa Kok sebagai Pengerusi Felda.

Sebaliknya, wakil rakyat PAS itu mengakui hantaran dibuat pengendali akaun media sosialnya miliknya.

“Permohonan maaf secara terbuka. Posting (hantaran) tadi bukan dari pihak Yb Khalil tetapi admin yang mengelola page,” katanya dalam catatan media sosial miliknya, hari ini.

nafi
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyelar tindakan Khalil sambil meminta supaya lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

Terdahulu, Facebook Khalil memuat naik poster ucapan tahniah kepada Teresa yang dikatakan dilantik sebagai Pengerusi Felda menggantikan Tan Sri Idris Jusoh.

Bagaimanapun, Felda menafikan pengumuman berhubung pelantikan perkara tersebut.

“Tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Pengerusi Felda yang baharu sehingga hari ini, 22 Jun 2023.

“Sebaran poster adalah tidak berkaitan,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Sementara itu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh membidas tindakan Khalil sambil meminta wakil rakyat itu lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang maklumat.

“Jangan jadi penyebar berita palsu. Ini adalah kesalahan di bawah undang-undang, dan juga dosa dari segi agama,” sindirnya.

Idris jusoh felda
Tan Sri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi itu, berkuat kuasa 1 Mei 2020.

Semalam, Idris mengumumkan pengunduran sebagai Pengerusi Felda pada 30 Jun ini, lebih awal dari tarikh sepatutnya pada Mei tahun depan.

Menerusi media sosial miliknya, bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu menjelaskan, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu.

Idris menerusi kenyataannya berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepadanya menjawat jawatan berkenaan.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi itu, berkuat kuasa 1 Mei 2020. – nasionalkini.my

jertih mural

Mural karya seni komuniti tempatan ceriakan  bandar Jertih

CCTV rakam suspek pecah masuk kedai emas