in

9.7 juta pengundi layak mengundi untuk PRN

bhspr03 1688356558
Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 5 Julai – Kira-kira 9.7 juta pemilih didaftarkan bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung 12 Ogos depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya menggunakan daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2023 yang dikemaskini setakat 21 Jun lalu.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) mengandungi seramai 9,773,571 pemilih terdiri daripada 9,674,456 pengundi biasa, 49,660 tentera serta pasangan, 47,728 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) selain 1,727 pengundi tidak hadir luar negara,” katanya pada sidang akhbar khas di sini, hari ini. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

54 ahli sindiket penipuan ditahan

Mayat lelaki hancur jatuh dari tingkat 41