in

Hari mengundi PRK Pelangai 7 Oktober

IMG 20230821 174241 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 24 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi dewan undangan negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Oktober ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah pada 23 September dan 3 Oktober.

Dia berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK itu, lapor Malaysiakini.

Mesyuarat diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

Allahyarham, 53, adalah antara 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Johari, tokoh korporat bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.

Allahyarham menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).- nasionalkini.my

IMG 20230824 104148 800 x 500 pixel

BN masih terkial-kial pulih sokongan orang Melayu

IMG 20230608 102414 6 x 4 inch

SPM mula 5 Disember