in

5.8 juta rakyat layak terima subsidi minyak masak

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh

KUALA SELANGOR, 13 Julai – Seramai 5.8 juta rakyat terdiri dalam kalangan M40 ke bawah di negara ini layak menerima subsidi minyak masak berikutan pelaksanaan rasionalisasi itu tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, daripada jumlah itu, seramai 1 juta penerima subsidi minyak masak adalah penjaja makanan.

Menurutnya, usaha itu berjalan lancar dan ia dijangka dapat diselesaikan selepas pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON 95 dan diesel.

“Kita dalam proses mengumpul data terperinci untuk pelaksanaan subsidi minyak masak,” katanya ketika ditemui pada Program Outreach Sara Hidup dan Aduan Suri di Hotel De Palma, lapor Sinar Harian.

Fuziah berkata, maklumat data bagi mengenal pasti penerima layak diperoleh daripada Pangkalan Data Utama (PADU).

Jelas beliau, kementeriannya berusaha mencari mekanisme terbaik agar rakyat dan penjaja makanan yang memerlukan dapat menikmati subsidi berkenaan.

Tambahnya, pada masa ini, penjaja makanan tidak termasuk dalam kalangan penerima subsidi minyak masak, namun kerajaan sedar mereka juga memerlukan bantuan kerajaan.

“Mereka ini akan dimasukkan dalam kumpulan sasar dan perlu berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

“Hanya penjaja makanan sahaja dibenarkan manakala pengusaha restoran tidak layak mendapatkan minyak masak subsidi,” ujarnya.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Neelofa selamat bersalin anak kedua

Buta bukan halangan untuk cemerlang