in

KPDN perkenal baja Rahmah tidak lama lagi

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh

KUANTAN, 2 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan baja Rahmah dalam waktu terdekat.

Ia adalah sebagai usaha membantu mengurangkan beban golongan petani di negara ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata pihaknya dalam peringkat rundingan akhir dengan beberapa syarikat berkaitan bagi mengeluarkan baja yang berkualiti pada harga berpatutan.

“Tindakan proaktif ini diambil sebagai satu daripada cara untuk membantu mengurangkan beban petani sayur dan sawit dari segi kos penanaman selain mengelakkan kenaikan harga sayur dan minyak sawit di pasaran,” katanya.

Fuziah berkata demikian kepada media selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah Pantai Selamat Group di Pasar raya Fresh Choice Taman Tas di sini hari ini, lapor Bernama.

Sebanyak 100 bakul Rahmah turut diagihkan kepada golongan memerlukan pada program itu.

Pasar raya itu turut mengadakan jualan Rahmah selama tiga hari bermula hari ini.

Selain itu, Fuziah berkata Jualan Rahmah Bergerak menerusi konsep ‘Kedai Cari Rakyat’ di Pahang dijadualkan bermula pada bulan ini di kawasan kekurangan pasar raya.

“Kita menyedari ada golongan tiada kenderaan, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang sukar ke pasar raya menyebabkan kita perlu menyantuni mereka dengan cara mencari mereka,” katanya.- nasionalkini.my

20230508 092523

Saran menteri, ahli parlimen saring kesihatan sekali setahun

Agong berkenan rasmi pusat kesihatan dan rehabilitasi WQ Park