in

Neelofa selamat bersalin anak kedua

IMG 20230713 143438 800 x 500 pixel
Neelofa dan Haris turut memiliki seorang lagi anak lelaki, Muhammad Bilal yang berusia 18 bulan

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Selebriti popular, Neelofa selamat melahirkan anak lelaki kedua pada 11 Julai lalu pada jam 10.45 malam.

Menyifatkan hari kelahiran putera keduanya menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat, berita gembira itu diumumkan sendiri Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz dalam satu kenyataan media hari ini.

“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa,” ujar mereka dalam kenyataan itu, lapor Sinar Harian.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2020 itu, turut meminta didoakan anak kedua mereka membesar dengan baik dan cerdas, serta diberikan kesihatan dan umur yang panjang.

“Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-ALLAH,” tambah mereka.

Neelofa, 34, menerusi akaun Instagramnya memaklumkan akan berkongsi nama putera kedua mereka pada hari ketujuh kelak.- nasionalkini.my

IMG 20230713 141758 800 x 500 pixel

PERNAS kekal bawah KUSKOP

IMG 20230713 155256 800 x 500 pixel

5.8 juta rakyat layak terima subsidi minyak masak