in

Bekalan kurang sebab peniaga buat pembelian panik

Kenaikan harga beras import turut dikaitkan dengan kesan perubahan iklim dunia yang berlaku sejak awal tahun ini - Gambar hiasan

KUANTAN, 18 September – Pembelian panik oleh segelintir peniaga restoran dan kedai makan menyebabkan berlaku kekurangan bekalan gula, minyak masak, telur ayam dan beras tempatan di 11 daerah di Pahang.

Exco Hal Ehwal Pengguna Dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata perkara itu dikesan berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di pasar raya di negeri ini.

Katanya, pembelian panik terutama daripada peniaga makanan menyebabkan stok bekalan menjadi kurang di pasaran.

“Sebagai contoh, minyak masak peket untuk golongan B40 tetapi peniaga makanan juga membelinya.

“Peniaga berebut membelinya sebagai stok kerana bimbang bekalan kurang.

“Bagaimanapun, bekalan telur dan gula dilihat lebih serius di negeri ini berbanding minyak masak dan beras tempatan,” katanya selepas meninjau bekalan gula, telur, beras tempatan dan minyak masak di sebuah pasar raya di bandar raya Kuantan, petang tadi.

Chon Siang berkata, masalah itu akan dibangkitkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri pada Rabu ini.

“Rakyat di Pahang diminta tidak panik dan membuat pembelian hanya mengikut keperluan.

“Jika berdepan masalah bekalan, boleh menghubungi pejabat KPDN Pahang untuk memastikan tidak berlaku terputus bekalan di kawasan mereka,” katanya.- nasionalkini.my

380139438 850394696452413 5519530147569629082 n

Pembelian panik punca bekalan beras putih tempatan kurang

PN ada dua nama untuk Pelangai