KUANTAN, 29 Mac – Dengan kos sara hidup semakin menekan rakyat ketika ini, sudah tentu ramai yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup.
Menyedari kesukaran dihadapi penduduk di sekitar RRM Permatang Badak, dekat sini, Pusat Khidmat DUN Panching mengambil inisiatif mengumpul dana bagi warga emas dan ibu tunggal di kawasan berkenaan.
ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya melalui perkongsian di laman sosial Facebook memaklumkan program khas bagi menyantuni golongan itu dilaksanakan pihaknya kelmarin.
“Program ini diselaraskan bersama AJK surau RRM Permatang Badak.
“Zaman sekarang orang bekerja pun susah, apatah lagi mereka yang tidak ada kerja.. tiada pendapatan tetap,” katanya.
Dia turut memaklumkan pihaknya melalui Pusat Khidmat DUN Panching menyampaikan sedikit duit belanja untuk meringankan beban warga emas dan ibu tunggal di situ.
Katanya, semoga sumbangan itu dapat membantu meringankan sedikit bebanan ditanggung mereka.– nasionalkini.my