in

Rugi RM4.4 juta kena scam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 14 September Seorang pesara kerajaan rugi lebih RM4.4 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang mendakwa ditipu dalam urusan pelaburan mata wang kripto dengan kerugian lebih RM4.4 juta, hari ini.

“Pengadu memaklumkan menerima mesej melalui WhatsApp daripada nombor tidak dikenali (suspek) yang mengiklankan pelaburan mata wang kripto.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai sebagai ejen pelaburan mata wang kripto berasal dari Singapura.

“Mangsa kemudian diberi penerangan dan dipujuk menyertai pelaburan mata wang kripto selain diarah membuat pendaftaran di laman sesawang diberikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, pengadu dijanjikan pulangan lima hingga 10 peratus daripada nilai modal, namun tidak dinyatakan tempoh pelaburan terbabit.

“Terpedaya dengan tawaran itu, mangsa membuat 90 transaksi berjumlah RM4,417,092.80 secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank diberikan bermula 18 Julai sehingga 6 September lalu.

“Bagaimanapun, pengadu tidak dapat mengakses laman sesawang berkenaan dan gagal menghubungi suspek semalam.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa mengesyaki ditipu kerana tidak menerima keuntungan pelaburan seperti dijanjikan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan menjanjikan keuntungan tinggi.

“Sila buat semakan pada nombor akaun melalui https://semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi,” katanya.- nasionalkini.my

Kembara Kenali Borneo tutup tirai

375978252 868264657990707 1318831159913942135 n

PASFA perlu pelbagaikan tanaman tidak tertumpu kepada kelapa sawit