in ,

Muhyiddin ingatkan pengundi tunai tanggungjawab, tidak terlalu yakin

muhyiddin 1
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat segelintir pengundi yang layak mengundi berfikiran sedemikian, sekali gus mensia-siakan hak mereka untuk memilih kerajaan.

CHUKAI, 8 Ogos – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pengundi supaya ubah sikap yang terlalu yakin dengan kemenangan parti yang disokong dan menganggap tidak perlu keluar mengundi

Beliau berkata, sikap ambil mudah itu perlu diubah berikutan terdapat segelintir pengundi yang layak mengundi berfikiran sedemikian, sekali gus mensia-siakan hak mereka untuk memilih kerajaan.

Katanya mereka yang layak supaya keluar menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Pertama, kita nak supaya seberapa ramai mungkin pengundi keluar, itu (yang) saya ulang selalu, jangan ada yang kata tak payah mengundi mesti menang dan sebagainya, sifat macam itu tak berapa baik (kerana) kita mahu supaya peratusan pengundi itu kalau banding dengan PRU (Pilihan Raya Umum) yang lepas lebih tinggi sampai ke 80 atau 90 peratus.

“Yang kedua (pengundi diingatkan untuk) baca manifesto (kerana) mungkin sebahagian besar tidak tahu apa manifesto, itu janji dan saya fikir Perikatan Nasional di semua negeri telah pun melancarkan manifesto masing-masing, janji kita.

“Ketiga lihat apa yang kerajaan Pusat sudah buat (dan) di situ kita tahu kelemahan, kegagalan dan sebagainya dan jangan kita ulang lagi kalau kita terpilih yang lepas (ketika PRU yang lalu), ini masa kita betulkan balik supaya sokong kepada Perikatan Nasional,” katanya seperti dipetik Berita harian, hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional, di Padang Bola Bukit Kuang, malam tadi.

Muhyiddin mendakwa sokongan rakyat terhadap PN juga semakin ketara, namun semua pihak tidak boleh terlalu yakin, sebaliknya perlu bekerja keras hingga ke hari terakhir kempen. – nasionalkini.my

undi awal 2

PRN: Tentera, polis undi awal hari ini

anak muda

Warga emas bersyukur ada anak angkat sudi urus keperluan