in

Suri rumah pecah dominasi lelaki dalam aktiviti bermotosikal

Nik Hasmira Yahya mula menyertai aktiviti konvoi bermotosikal sejak dua tahun lalu

Oleh Mohammad Ishak

AKTIVITI permotoran biasanya dikaitkan dengan golongan lelaki.

Namun, sejak kebelakangan ini golongan wanita juga tidak terkecuali meminati aktiviti bermotosikal.

Mereka juga turut menyertai aktiviti lasak menunggang motosikal sehingga sanggup meneroka ke mana sahaja.

Kecenderungan wanita dalam aktiviti permotoran mungkin dianggap tidak sesuai bagi sesetengah pihak, malah ada yang menganggap kegiatan itu membuang masa dan tidak memberi manfaat.

Nik Hasmira Yahya atau lebih dikenali dengan panggilan Erra

Anggapan itu bagaimanapun disanggah peminat motosikal, Nik Hasmira Yahya, 35, dari Kampung Padang Landak dekat Jertih, Terengganu.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan ‘Erra’ mula berjinak dalam dunia permotoran sejak dua tahun lalu, kini menjadi peminat tegar motosikal hingga sanggup menghabiskan wang ringgit dan berkorban masa demi untuk memenuhi hobinya itu.

Ibu kepada seorang anak berusia empat tahun itu pada awalnya membeli motosikal untuk kegunaan harian tetapi selepas menyertai kelab motosikal, dia mula aktif berkonvoi.

Dia juga amat beruntung kerana mendapat sokongan dan galakkan daripada suami yang juga aktif dalam aktiviti permotoran.

Katanya, sejak menceburi aktiviti itu, dia pernah menunggang motosikal ke luar Terengganu – ke Kelantan dan Pahang.

Nik Hasmira Yahya bersama salah satu daripada motosikal miliknya

“Aktiviti konvoi bersama rakan-rakan wanita dan lelaki memberi banyak pengalaman kerana dapat merasai sendiri penat lelah menunggang motosikal,” katanya.

Ketika ini, katanya, dia mempunyai dua jenis motosikal dihadiahkan suaminya.

“Walaupun letih dan penat menunggang motosikal dengan jarak jauh, tetapi hati tetap gembira malah ia memberikan satu kepuasan,” katanya.

Erra berkata, sepanjang mengikuti konvoi motosikal, dia pernah berhadapan pengalaman menyedihkan apabila salah seorang peserta konvoi terbabit dalam kemalangan di Kuala Krai,Kelantan, pada Ramadan tahun ini.

“Saya melihat kejadian itu di hadapan mata sendiri dan sedih dengan kejadian malang tersebut,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Agong, Permaisuri berangkat ke Tanah Suci tunai haji

Ayob Khan dilantik Timbalan IGP