in

Permainan tradisional wau tidak dilupakan, kini dimartabat golongan muda

wau 1
Pelbagai jenis wau dipamer untuk jualan sempena pertandingan wau di Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut.

Oleh Mohammad Ishak

KUALA BESUT, 20 Jun – Masyarakat nelayan khususnya golongan muda yang tinggal di perkampungan nelayan Kuala Besut, dekat sini terus memartabatkan permainan tradisional wau yang menjadi seni warisan turun-temurun sejak setengah abad lalu.

Permainan yang popular dalam kalangan semua golongan dan peringkat umur itu sering diadakan sebagai pertandingan bagi merapatkan hubungan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti.

wau 2
Sekumpulan anak muda yang menyertai pertandingan wau di Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut

Bagi memeriahkan acara itu, sekali gus memastikan ia tidak luput ditelan zaman, Pemuda UMNO Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut, mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan wau berkenaan.

Ketuanya, Azim Aziz berkata, pertandingan yang diadakan di persisiran pantai kampung itu berjaya menarik minat lebih 500 pengunjung untuk melihat secara lebih dekat aktiviti yang jarang diadakan sejak kebelakangan ini.

wau 4
Sebahagian penduduk yang memberi sokongan dan hadir menyaksikan pertandingan wau di Kampung Pengkalan Atap

Katanya, tumpuan pertandingan tersebut adalah untuk menggalakkan generasi muda mendekati permainan tradisional yang menjadi warisan budaya bangsa sejak sekian lama.

Pertandingan yang disertai oleh 30 peserta termasuk remaja dan warga usia emas itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

“Pertandingan ini juga memerlukan kebijaksanaan dan semangat kental kerana setiap peserta terpaksa berhadapan dengan keadaan angin kencang dari Laut Cina Selatan,” katanya kepada nasionalkini.my

wau 3
Seorang warga emas yang pakar dalam pembuatan wau meneliti hasil kerjanya ketika mempamerkan hasil tangan sendiri

Beliau berkata, semua peserta dipantau oleh pengadil dan mereka perlu mengikat tali layang-layang di tempat yang berada dalam garisan khas bagi mengenal pasti pemenang.

Tengku Zaihan memuji usaha yang dilakukan oleh pemuda kampung tersebut kerana ia dapat mengembalikan kegemilangan permainan tradisional kerana sejak kebelakangan ini tidak ramai golongan terbabit yang meminati permainan tersebut sebaliknya lebih berminat kepada aktiviti dalam talian di media sosial. -nasionalkini.my

tabung haji

Pendeposit TH hanya boleh pindah wang ke akaun sendiri

faces 1

Program FACES dapat sambutan luar biasa, penduduk setempat teruja