in

‘Nisan’ kelapa sawit jadi sumber pendapatan sampingan

IMG 20230518 WA0009
Che Pandong dibantu isterinya, Rohasiah meletakkan manisan yang siap dimasak dalam kerek di rumahnya, di Kampung Kubang Puyu, Chalok, Setiu, semalam

Oleh Adnan Mohamad

SETIU, 18 Mei – Seorang petani dari Kampung Kubang Puyu, dekat Chalok, di sini memperoleh sumber pendapatan sampingan selepas mengusahakan manisan daripada sisa kelapa sawit.

Manisan yang dipanggil ‘nisan’ oleh kebanyakan penduduk di Pantai Timur Semenanjung itu turut dikenali dengan nama gula melaka.

Usaha itu dilakukan Che Pandong Abdul Rashid selepas membaca kisah seorang pengusaha produk sama di Medan, Indonesia melalui Facebook.

Dia yang kini berusia 52 tahun berpuas hati dengan sambutan diterima daripada orang ramai sejak mengusahakan ‘nisan’ kelapa sawit itu sejak kira-kira tiga tahun lalu.

“Bau ‘nisan’ kelapa sawit ini lebih wangi berbanding ‘nisan’ diperbuat daripada kelapa biasa.

“Disebabkan itu permintaannya sangat tinggi dan boleh menjadi sumber pendapatan sampingan keluarga kami,” katanya.

Che Pandong bagaimanapun berkata dia tidak membuat ‘nisan’ itu setiap hari, tetapi bergantung kepada permintaan daripada pelanggan.

“Kalau ada masa terluang barulah saya buat dan biasanya saya boleh siapkan hingga 100 keping sehari,” katanya lagi.

Dia memaklumkan tugas untuk mengambil nira kelapa sawit lebih rumit berbanding nira kelapa.

“Prosesnya tak sama dengan air nira biasa, kalau nira kelapa, kita ambil dari pokok yang masih hidup tapi untuk kelapa sawit lebih sedap kalau diambil dari pokok yang sudah ditebang,” katanya.

Sebarang tempahan manisan itu boleh menghubungi Rohasiah di talian 014-2106874. – nasionalkini.my

IMG 20230518 WA0008

Sasar RM23.7 bilion nilai eksport aeroangkasa tahun ini – MITI

IMG 20230518 WA0015

Dugaan berganda kakak tabah jaga adik OKU