KUANTAN, 16 Januari – Keadaan cuaca tidak menentu menyukarkan peneroka membawa keluar hasil tuaian kelapa sawit dari ladang mereka.
Itu antara luahan penduduk FELDA Lepar Hilir 3, dekat sini, yang disampaikan kepada ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus.
Mohd Yazid ketika meninjau kawasan itu baru-baru ini, sempat meluangkan masa bertemu mata dengan warga peneroka FELDA itu.
“Musim hujan ini mereka kata susah sikit nak bawa keluar buah kelapa sawit,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Mohd Yazid turut mengambil maklum pelbagai lagi masalah dibangkitkan penduduk di situ.
Antara lain isu gangguan lampu isyarat di persimpangan masuk ke FELDA Lepar.
Difahamkan, lampu isyarat itu sudah beberapa mengalami kerosakan dan tidak berfungsi hingga membahayakan pengguna jalan raya utama menghubungkan pekan Gambang menghala ke Paloh Hinai, Pekan.— nasionalkini.my