in

Gempa 7.0 magnitud gegar Laut Bali

gempa
Pusat gempa dikesan pada kedudukan 203 kilometer (km) utara Mataram dan pada kedalaman 516km di bawah permukaan bumi.

JAKARTA, 28 Ogos – Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda berhampiran pulau peranginan Indonesia di Bali hari ini, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediteranian (EMSC).

EMSC memaklumkan, pusat gempa dikesan pada kedudukan 203 kilometer (km) di utara Mataram, Indonesia dengan kedalaman pada 516km di bawah permukaan bumi.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan ukuran kekuatan gegaran pada 7.1 magnitud.

Sistem Amaran Tsunami AS berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi yang melanda jauh di bawah dasar laut itu.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, walaupun beberapa akaun pengguna di platform X – sebelum ini dikenali Twitter – menyiarkan video gegaran yang dirasai.

November lalu, gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Jawa Barat di Indonesia, sehingga mengakibatkan kehilangan tragis lebih 300 nyawa dan ribuan yang lain cedera. – Agensi

imran

Imran Khan dibebaskan tuduhan membunuh peguam

chow

Agihan peruntukan ADUN Pulau Pinang kekal tak sama rata