in

Jack Voon tiba di Bangkok

IMG 20240511 080543 800 x 500 pixel
Gambar ihsan Facebook Jack Voon

KUANTAN, 11 Mei – Ekspedisi Mengelilingi Dunia Menggunakan Perodua Kenari akhirnya tiba di ibu kota Bangkok, Thailand semalam.

Selepas 10 hari, Jack Voon mengakui teruja apabila hampir melengkapkan siri jelajahnya di negara Gajah Perang itu.

Jack sempat mengunjungi pejabat Kedutaan Malaysia di Bangkok dan menemui Canselor di kedutaan itu, Jarin Sijaya Abdul Hathi.

Gambar ihsan Facebook Jack Voon

Perjalanan Jack bermula 1 Mei lalu di perkarangan Menara Kuantan 188, dekat Kuantan, Pahang.

Pelepasan ekspedisi itu dilakukan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man.

Sejak memulakan ekspedisi solo berkenaan, kereta Perodua Kenari dipandunya menjadi mangsa ‘langgar lari’ ketika di Kuala Terengganu, Terengganu, pada 2 Mei lalu.

IMG 20240511 080601 800 x 500 pixel 7
Gambar ihsan Facebook Jack Voon

Namun ia tidak mematahkan semangat pemuda berasal dari Sarawak itu meneruskan ekspedisi berkenaan.

Jack dijadual mengunjungi lebih 200 negara dan merentasi tujuh benua dalam misi anjuran Persatuan Eksplorasi dan Kembara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guanxi Pahang.

Dia dijangka kembali ke Malaysia pada Mei 2027. – nasionalkini.my

IMG 20240327 211814 800 x 500 pixel

Kotak Madani mula diagihkan

IMG 20240513 181840 800 x 500 pixel

Sederhana tapi meriah di Jerantut