in

Agong mahu ekspedisi Mardi Himal dibukukan

Al-Sultan Abdullah diiringi Tunku Azizah berkenan merakamkan gambar bersama peserta Ekspedisi Simulasi Menyelamat di Altitud Tinggi @ Mardi Himal sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang di MBK, hari ini - Gambar oleh Sinar Harian

KUANTAN, 4 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu pengalaman Ekspedisi Simulasi Menyelamat Di Altitud Tinggi@Mardi Himal, Nepal dibukukan selepas pendakian itu berakhir.

Baginda bertitah, ini bagi menjadikannya sebagai sumber rujukan, pengajaran dan boleh dipraktikkan oleh pasukan pendaki negara pada masa akan datang.

“Kita jadikan misi (pendakian) ini sebagai misi pengajaran. Kita membawa balik (pengalaman) dan praktis serta boleh beri pembelajaran kepada semua pendaki akan datang.

“Mungkin disatu masa (negara) boleh menyediakan pasukan penyelamat (dengan) memberi bantuan kemanusiaan ke negara lain yang menghadapi masalah atau bencana di kawasan pergunungan.

“Jadi, saya percaya misi ini akan mengharumkan nama Malaysia apabila kita dapat mewujudkan satu pasukan penyelamat daripada JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat) yang terkenal di rantau ini dan dunia,” titah baginda, lapor Sinar Harian.

Baginda bertitah sedemikian selepas berkenan berangkat dan menyempurnakan Majlis Pelepasan Kontinjen ke Ekspedisi Simulasi Menyelamat Altitud Tinggi @Mardi Himal, Nepal sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-64 KDYMM Sultan Pahang di Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ekspedisi itu bermula 7 Ogos dan dijangka berakhir 17 Ogos ini. – nasionalkini.my

kg cina

Markas, bendera PAS dirosak : Polis Terengganu

40 kawasan berdepan gangguan bekalan air