in

Saya dah pencen – Tok Pa

Mustapa (kanan) mengesahkan tidak bertanding dalam PRN kali ini

KOTA BHARU, 13 Julai – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Bekas Ahli Parlimen Jeli itu memaklumkan beliau sudah pencen.

“Saya tidak bertanding pada PRN ini kerana saya sudah pencen,” katanya ringkas ketika dihubungi BH, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata pihaknya sudah dimaklumkan perkara itu sebelum ini.

“Datuk Seri Musatapa memaklumkan kepada semua sama ada pimpinan Perikatan Nasional (PN) Pusat dan negeri bahawa beliau tidak bertanding atas faktor kesihatan.

“Justeru, kita akan menampilkan calon yang terbaik untuk mempertahankan kerusi DUN Ayer Lanas dan kerusi-kerusi lain,” katanya.- nasionalkini.my

20230507 074609

Jumlah kes demam denggi di Selangor meningkat

Purata Nilai Gred Kumulatif STPM meningkat