in

Jangan terjebak dalam perangkap IMF

IMG 20240621 182610 800 x 500 pixel
Gambar ihsan IMF

LIPIS, 21 Jun – Keadaan ekonomi semasa dunia secara tidak langsung memberi kesan kepada kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Dengan tekanan nilai ringgit yang masih belum stabil berbanding dolar, proses pembangunan akan terus perlahan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun mendatang.

Timbalan Presiden Persatuan Rangkaian Muslim Inovasi Malaysia, Dr Abdul Rasid Md Ali berpandangan, kekuatan ekonomi Malaysia ketika ini dalam keadaan ‘rapuh’ dan mudah dimanipulasi.

Dr Abdul Rasid bersama Pengerusi GERAKAN, Dominic Lau

“Cuma kita harap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengadakan sebarang rundingan dengan pihak Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengimbangi tekanan ekonomi semasa.

“Langkah berbelanja secara berhati-hati dalam menguruskan pelaburan negara juga wajar dipertimbangkan,” katanya.

Dr Abdul Rasid dalam masa yang sama mempersoalkan mengenai kewajaran kerajaan melaksanakan semakan semula subsidi diesel bersasar ketika keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya fikir ia dilaksanakan pada masa yang kurang sesuai kerana isu kos sara hidup sedia ada masih belum ditangani dengan baik.

“Peningkatan harga diesel (tanpa subsidi) akhirnya akan memberi kesan berganda kepada kenaikan harga barangan,” ujarnya.

Dia turut berharap kerajaan pimpinan Anwar dapat memperkenalkan mekanisme lebih berkesan untuk mengatasi isu ketirisan subsidi yang sebelum ini didakwa memberi manfaat kepada warga asing.

Selain aspek penguatkuasaan, kempen kesedaran juga perlu diperbanyakkan supaya rakyat faham apa rasional di sebalik pemansuhan subsidi bahan api itu. – nasionalkini.my

IMG 20230713 160926 800 x 500 pixel

Peluang menang di Sungai Bakap cerah

IMG 20240622 114220 800 x 500 pixel

Satu lawan satu di Sungai Bakap