in ,

PN mahu beri khidmat lebih baik daripada kerajaan hari ini

Wan Saiful
sekatan portal berita itu merupakan penyalahgunaan agensi penguat kuasa untuk menutup mulut pihak yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan.

BUTTERWORTH, 13 Mei – Perikatan Nasional (PN) bersedia memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat berbanding kerajaan yang sedia ada.

Ahli Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, situasi berkenaan memberi keyakinan gabungan parti itu mampu menang dan menawan Pulau Pinang biarpun berdepan persaingan sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, gabungan Bersatu, Pas dan Gerakan dijangka memberi cabaran hebat di kesemua 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Pulau Pinang.

“Umum mengetahui enam negeri yang bakal mengadakan PRN memiliki `ranking’ persaingan masing-masing, dan Pulau Pinang antara yang paling mencabar bagi PN.

“Bagaimanapun, cabaran tidak melemahkan semangat kami apatah lagi apabila sokongan terhadap PN semakin meningkat,”katanya.

Terdahulu beliau hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmatnya di Jeti Pantai Bersih, Bagan Ajam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, bekas Ketua Penerangan Bersatu berkata, sokongan pengundi bukan Melayu terhadap PN kini semakin bertambah susulan hilang kepercayaan terhadap kerajaan hari ini.

“Berdasarkan kajian yang kita buat, sokongan terutamanya daripada pengundi bukan Melayu semakin bertambah ekoran mereka semakin menyedari pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ‘cacamarba’.

“Jika sebelum ini PN menyasarkan mahu menjadi pembangkang yang kuat, namun kali ini kita yakin gabungan parti komponen ini boleh menjadi kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan yang ada ketika ini,” katanya. -nasionalkini.my

Risiko cuaca panas kurangkan aktiviti di luar rumah 01

Cuaca Panas: 30 kawasan di tahap satu

WhatsApp Image 2023 05 13 at 8.04.24 PM

Bersatu tangguh pemilihan parti, hadapi PRN