in ,

PRN : BN pilih calon mesti menang

Barisan Nasional

SEREMBAN, 13 Mei – Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang mesti membawa kemenangan kepada gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kali ini tugas lebih berat lagi kerana perlu memilih calon yang mesti menang, bukannya boleh menang.

“Negeri-negeri akan menyenarai pendek calon-calon mereka. Persepsi sekarang macam-macam terhadap parti, kita perlu letakkan calon yang mesti menang, bukan sebarang calon.

“Maka penyaringan calon-calon di peringkat negeri dan bahagian masing-masing itu perlu dilakukan dengan sebaik mungkin,” katanya hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan perundingan kerusi di antara BN dan Pakatan Harapan (PH), Mohamad yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN memaklumkan BN dan PH akan bertanding di semua kerusi.

“Berapa BN akan bertanding sama ada di Negeri Sembilan atau Selangor itu belum dimulakan rundingannya, sebab seperti saya katakan, hal calon ini elok dibuat kemudian.

“Kita mantapkan dan sediakan jentera terlebih dahulu, apabila sudah bersedia, biar pemimpin-pemimpin parti yang akan berunding mengenai pembahagian kerusi dan akhir cerita nanti setiap parti mencalonkan calon-calon yang mesti menang,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 13 at 17.16.52

UMP dan UMW tanam 2,000 pokok bakau di Cherating 

Risiko cuaca panas kurangkan aktiviti di luar rumah 01

Cuaca Panas: 30 kawasan di tahap satu